2017 telahpun melabuhkan tirai. Pelbagai gadget telah diperkenalkan sepanjang tahun lalu dan antara yang berjaya mencuri perhatian ramai pastinya Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone X.

Berdasarkan laporan daripada GBH Insights mengenai tabiat pengguna di Amerika Syarikat, Apple iPhone sekali lagi berjaya menjadi gadget paling banyak dibeli oleh pengguna di negara tersebut. Apple Watch pula berjaya menjadi smartwatch paling laris dijual menandingi beberapa smartwatch lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut lima gadget yang berjaya menjadi pilihan pengguna Amerika Syarikat sepanjang 2017. Untuk pengetahuan anda Apple iPhone yang disebutkan meliputi model iPhone 8, 8 Plus dan X.

636501323695326501-TopTech-Online

Disebalik harga premium sebuah Apple iPhone, perjudian Apple untuk menawarkan iPhone X dengan harga yang lebih mahal ternyata berjaya setelah smartphone ini berjaya mendapat sambutan yang baik diikuti dengan beberapa model yang lain.

Nintendo pula tampil sebagai konsol terlaris yang dijual sepanjang 2017 melalui model Nintendo Switch. Kami teruja sekiranya terdapat data untuk mengetahui smartphone manakah yang paling banyak dibeli oleh pengguna Malaysia sepanjang 2017.

Sumber