Apple iPhone sememangnya terkenal dengan pengeluaran modelnya yang premium. Begitu juga dengan harganya. Dalam pada itu, sudah menjadi tradisi buat jenama ini mengurangkan harga model sebelumnya sama ada sebelum atau selepas mengeluarkan model terbaru.

Sebelum ini Apple pernah mengumumkan penurunan harga sehingga RM500 diskaun buat model terbaru mereka iaitu Apple iPhone 7 dan 7 Plus. Kali ini, dua lagi model telah menerima penurunan harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini iaitu iPhone 5s dan iPhone 6.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun kedua-dua model ini merupakan model yang sedikit lama, boleh kami kata katakan penawaran diskaun pada kali ini sangat sesuai buat anda yang sudah lama idamkan untuk mendapatkan sebuah Apple iPhone.

Berdasarkan promosi terbaru, Apple iPhone 5s bakal ditawarkan dengan harga RM1,099 untuk ruang storan 16 GB manakala iPhone 6 32 GB ditawarkan pada harga RM1,649 khusus di Lazada dengan waranti daripada Apple Malaysia.

Dari segi sistem operasi, kedua-duanya masih menyokong iOS 10 seperti yang digunakan pada model terbaru iPhone ketika ini. Sangat sesuai buat anda yang tidak menggunakan smartphone untuk kerja multitasking yang berat dan tidak berminat dengan smartphone yang menggunakan sistem operasi Android.