Teringin untuk pakai iPhone 6S dengan harga murah? Atau mahu bina iPhone 6s anda dari mula? Ianya boleh dilakukan tetapi anda kena terbang ke Shenzhen, China dahulu. Menurut Scotty Allen, pemilik akaun YouTube Strange Parts, Shenzhen adalah lubuk barangan spare parts electronic terutamanya spare parts untuk telefon pintar.

Video berdurasi 20 minit oleh Scotty ini menerangkan perjalanan beliau meneroka bandar Shenzhen untuk melaksanakan misinya untuk membina iPhone 6s from scratch dengan bajet USD300 (lebih kurang RM1,300).

Menariknya, beliau berjaya untuk mencipta iPhone 6s yang beliau mahukan; siap dengan kotak untuk ianya kelihatan seperti baru keluar dari kilang Apple! Menurut Scotty, anda juga boleh cipta iPhone 6s sendiri tetapi anda perlu bersabar dan rajin untuk mencari setiap alat ganti untuk menyiapkan iPhone 6s anda.

Menurut Scotty, iPhone refurbished set menggunakan konsep yang sama di mana setiap iPhone diperiksa kembali dan jika ada bahagian yang rosak, ianya akan diperbaiki dan dijual kembali.

Sebenarnya agak melecehkan untuk siapkan iPhone 6s ini dari mula dan lebih baik beli iPhone 6s pre-loved di laman mudah.my sahaja. Tetapi kepuasan yang dicapai apabila ianya siap, memang priceless. Anda boleh lihat sendiri kegembiraan di wajah Scotty di dalam video ini. Selamat menonton video Scotty di bawah ini. Manalah tahu anda bercita-cita untuk buka kedai untuk membaiki iPhone. Boleh ke Shenzhen untuk survey barangan alat ganti di sana.