Apple dilihat begitu konsisten untuk mengumumkan warna terbaru pada model terbaru iPhone mereka. Bermula dengan warna Rose Gold, seterusnya Matte Black dan Jet Black. Kali ini, Apple telah mengumumkan warna Satin RED khusus buat iPhone 7 dan 7 Plus sempena kerjasama bersama RED.

Untuk pengetahuan anda RED atau lebih dikenali sebagai (PRODUCT)RED merupakan sebuah pertubuhan untuk meningkatan kesedaran orang ramai serta mengumpul dana untuk merawat pesakit HIV dan AIDS di Afrika. Kerjasama Apple bersama RED Product sekaligus membolehkan pembeli membeli sambil beramal dengan mendapatkan Apple iPhone 7 dengan warna merah.

Pemilihan warna warna yang cukup striking ini nampaknya berjaya membuatkan orang ramai teruja sekaligus membuatkan iPhone tampak lebih premium dimata pengguna.

Harga penjualan Apple iPhone 7 dan 7 Plus versi RED masih dikekalkan seperti sediakala. Anda boleh dapatkannya di laman rasmi Apple Store Malaysia bermula hari ini.