Menggunakan rekabentuk yang sama untuk 3 tahun berturut-turut mungkin bukan idea yang baik untuk melariskan penjualan sesebuah smartphone. Namun tidak bagi Apple, syarikat yang berpengkalan di Cupertino, California ini sekali lagi berjaya menjadikan model terkini mereka iaitu Apple iPhone 7 sebagai model yang paling laris dijual buat suku tahun kedua 2017.

138758-phones-review-apple-iphone-7-review-image1-c0eqhv4rj8

Berbincang mengenai rahsia bagaimana Apple berjaya mengekalkan momentum penjualan mereka, Juha Winter selaku senior analyst telah mengatakan orang ramai seolah tidak kisah dengan rekabentuk Apple iPhone bak kata pepatah inggeris If it ain’t broke, don’t fix it.

Sebaliknya pengguna lebih mementingkan kehebatan hardware dan kelancaran sistem operasi yang tersedia. Melihat kepada angka penjualan syarikat ini, jelas semuanya benar-benar belaka.

iphone-7-and-7-plus-top-features-08

Lebih menarik, kedua dua model terbaru mereka iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus masing-masing berjaya menjadi model terlaris dengan hasil penjualan iPhone 7 sebanyak 16.9 juta manakala iPhone 7 yang tampil dengan dwi-kamera dengan hasil penjualan 15.1 juta.

Samsung Galaxy S8 dan S8+ pula berjaya mendapat angka penjualan yang baik dengan menjadi smartphone ketiga dan keempat terlaris buat Q2 2017. Walaubagaimanapun, Samsung masih lagi juara penjualan smartphone tertinggi di dunia ketika ini dengan penawaran model yang pelbagai jika dikira secara keseluruhan.

samsung-galaxy-s8-vs-apple-iphone-7-comparison—11

Melihatkan kepada kedua-dua jenama ini, jelas Apple dan Samsung masih lagi mendominasi serta menjadi pilihan pengguna seluruh dunia meskipun dengan kehadiran pencabar baru setiap tahun. Buat anda yang sedang bercadang untuk mendapatkan smartphone baru, mendapatkan iPhone 7 dan Samsung Galaxy S8 masih pilihan yang baik dengan penawaran diskaun kini di Lazada.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤