Apple pada minggu ini telah melakar sejarah dengan melancarkan 3 model iPhone secara serentak. Model yang dikeluarkan adalah iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Untuk pengetahuan anda, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus merupakan model yang diperbaharui daripada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

iPhone X yang disebut sebagai ‘iPhone ten’ dilancarkan sebagai smartphone edisi khas daripada Apple pada kali ini sempena ulang tahun kesepuluh Apple iPhone. Buat peminat Apple, pastinya terdetik dalam hati anda untuk mendapatkan model terbaru ini. Dalam pada itu, memilih model yang diingini mungkin sedikit sukar memandangkan anda perlu membuat 3 pilihan pada kali ini.

Untuk memudahkan kerja pemilihan anda, kami akan cuba sedaya upaya untuk meringkaskan segala spesifikasi yang tersedia buat ketiga-ketiga model ini dengan mudah. Memandangkan perbezaan diantara iPhone 8 dan 8 Plus cuma bilangan kamera dan saiz skrin, rasanya tidak janggal untuk kami membandingkan secara terus bersama iPhone X.

iPhone 8/8 Plus vs iPhone X

1. Rekabentuk

iPhone 8/8 Plus vs iPhone X

Rasanya tidak sah untuk membincangkan faktor yang paling jelas berbeza apabila membandingkan ketiga-tiga iPhone ini iaitu rekabentuk. Bagi rekabentuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus adalah lebih mudah sekiranya ada membayangkan saiz iPhone 7 dan iPhone 7 Plus memandangkan masing-masing berkongsi saiz dan rekabentuk yang hampir sama.

Apple iPhone X pula berjaya menyertakan saiz skrin yang lebih besar berbanding iPhone 8 Plus namun dimuatkan dalam saiz iPhone yang lebih kecil disebabkan penggunaan bezel yang minimum.

Home button kini digantikan dengan fungsi gesture

Buat penggemar Apple iPhone, anda mungkin akan merindui home button setelah iPhone X dilihat tidak lagi menyertakannya sebaliknya sokongan gesture antara yang perlu adaptasi sekiranya iPhone X menjadi pilihan anda.

2. Saiz Skrin

iPhone-8-Size-Comparison-iDrop-News-vs-Apple

Ketiga tiga model ini membawakan saiz skrin yang berbeza. Apple iPhone 8 disertakan dengan skrin 4.7-inci, diikuti dengan 5.5-inci pada iPhone 8 Plus dan 5.8-inci pada iPhone X.

Tidak hanya berbeza dari saiz skrin, iPhone X juga dilihat lari dari norma apabila menyertakan skrin berupa ‘tanduk’ dibahagian atas skrin. Penyertaan skrin ini juga dilihat menimbulkan reaksi yang berbeza daripada orang ramai. Ada yang menyukainya dan ada pula yang berpendapat sebaliknya.

3. TouchID vs FaceID

iphone-x-face-id-promo-image

Apple mula melancarkan TouchID sewaktu model iPhone 5s. Fungsi yang mulanya dibawakan untuk memudahkan orang ramai unlock iPhone mereka telah diperbaharui dengan membolehkan pengguna melengkapkan bayaran hanya dengan menggunakan fungsi yang sama.

Sesuai dengan tagline yang dibawa iPhone X iaitu smartphone from the future, iPhone X berjaya membawakan ciri-ciri futuristik seperti FaceID yang membolehkan pengguna unlock iPhone mereka hanya dengan menggunakan muka.

Meskipun ciri yang seakan sama ini sudah tersedia buat Android, Apple berjaya membaharuinya dengan membawakan 3D face recognition dimana pengecaman wajah dapat dibuat dengan lebih pantas dan tepat.

Apakah teknologi ini diperlukan? Kami melihat teknologi ini sekadar fungsi yang menarik dan futuristik. Jika anda merasakan rekaan iPhone 8 dan 8 Plus sudah cukup baik dan selesa dengan home button sedia ada, mungkin anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan iPhone X.

4. Animoji

Jony-Ives-Monkey-Animoji

Jika sebelum ini pengguna iOS sudah cukup selesa menggunakan emoji, kini Apple telah membawakan pembaharuan dalam menunjukkan ekspresi ketika anda menghantar mesej. Pengguna berpeluang menghantar emoji dan pada kali ini emoji yang tersedia akan sedikit sebanyak akan mempunyai mimik muka yang hampir sama seperti penggunanya.

Apple’s Schiller shows Animoji during a launch event in Cupertino

Mungkin agak remeh, namun fungsi meniru mimik muka pengguna ini merupakan yang pertama dilancarkan pada smartphone dan cuma eksklusif buat iPhone X. Sekiranya anda merasakan fungsi ini penting buat anda, rasanya pilihan anda cuma terbatas untuk mendapatkan iPhone X sahaja pada ketika ini.

Kesimpulan

iPhone-8-Vs-iPhone-X-2

Secara asasnya, iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X secara tidak langsung turut berkongsi beberapa spesifikasi yang sama. iPhone 8 Plus dan iPhone X masing-masing disertakan dengan dwi-kamera dibahagian belakang yang disertakan dengan fungsi terbaru iaitu potrait lighting. Ketiga-tiga model ini turut menggunakan processor yang sama iaitu Apple A11 Fusion.

Setakat ini ketiga-tiga iPhone terbaru ini masih belum mempunyai harga rasmi. Oleh yang demikian adalah lebih mudah sekiranya kami membandingkan harga yang diumumkan sewaktu aturcara Apple Keynote 2017.

iPhone8Plus_iPhone8_water

Untuk saiz storan 64 GB, iPhone 8 bakal mula dijual dengan harga $699 (~RM2,936.71) manakala iPhone 8 Plus dijual dengan harga $799  (~RM3,356.84). Pengguna nampaknya perlu berbelanja dengan lebih banyak untuk mendapatkan iPhone futuristik ini dengan harga permulaan $999 (~RM4,197.10). Harga yang diumumkan pastinya lebih tinggi apabila mula tiba di Malaysia.

Melihatkan kepada jurang $200 (~RM840.26) mungkin para pengguna perlu mempertimbangkan terlebih dahulu fungsi yang tersedia buat Apple iPhone X. Sekiranya wang bukan halangan buat anda, teruskan mendapatkan iPhone impian anda.

Buat anda yang mempertimbangkan sama ada adakah berbaloi berbelanja lebih mendapatkan iPhone 8 atau model sebelumnya iaitu iPhone 7, kami turut membuat perbandingan dan boleh membacanya disini. Ditambah pula dengan harga iPhone model sebelum ini yang diturunkan harga, kami sarankan anda membuat pilihan yang terbaik sebelum mendapatkan smartphone berharga mewah ini.