Mulai menjadi bualan hangat peminat Apple sejak awal tahun ini berikutan pengenalan model baharu yang bakal menggantikan iPhone SE iaitu iPhone 9, model ini nampaknya terpaksa menangguhkan pelancaran pada 31 Mac lalu berikutan penyebaran wabak COVID-19.

Terbaharu, Apple nampaknya tidak mahu menunggu lama sehingga wabak COVID-19 tamat sebaliknya model iPhone 9 nampaknya bakal dilancarkan seawal bulan ini secara atas talian dan bakal ditawarkan dalam masa terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
gsmarena_001
Sumber: GSM Arena

Apa yang menarik perhatian ramai mengenai Apple iPhone 9 ini sudah pastinya harganya yang bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,000. Lebih mengujakan, iPhone 9 bakal turut disertakan dengan processor Apple A13 Bionic seperti yang tersedia di iPhone 11 Pro.

Pelancaran iPhone 9 dalam masa terdekat semakin menjadi kenyataan apabila terdapat sebuah case daripada jenama terkenal iaitu UAG turut mengeluarkan rekaan model mereka sekaligus mengesahkan iPhone 9 bakal hadir dengan rekaan yang mirip seperti iPhone 8.

Screenshot 2020-04-02 at 4.54.23 AM
Sumber: Mac Rumors

Model ini sudah pastinya dinantikan ramai khususnya buat mereka yang sudah lama berhajat untuk mendapatkan iPhone terbaru namun tidak mahu berbelanja besar untuk mendapatkan model yang tersedia di pasaran ketika ini.

Selain iPhone 9 yang bakal dilancarkan dengan skrin 4.7-inci, Apple dijangka bakal turut melancarkan iPhone 9 Plus dengan harga mampu milik. Lihat juga rekaan iPhone 9 yang tertiris sebelum ini.

Apple Dijangka Perkenalkan iPhone 9 Plus Dengan Harga Mampu Milik

Ini Mungkin Rekaan iPhone 9 Yang Bakal Dijual Dengan Harga Di Bawah RM2,000

Sumber