Bermula dengan sekadar ura-ura, nampaknya impian orang ramai untuk memiliki model terbaru iPhone dengan harga rendah bakal menjadi kenyataan apabila dilaporkan Apple sedia meletakkan tanda harga $399 (~RM1,653.89).

Menurut Fast Company, model yang bakal dilancarkan Apple pada kali ini adalah iPhone 9 dimana model ini bakal hadir dengan saiz yang lebih kecil berbanding model iPhone terkini serta bakal menjadi model pengganti kepada iPhone SE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, para pengguna tidak lagi perlu menunggu sehingga hujung tahun ini seperti yang kerap dilakukan Apple pada setiap tahun sebaliknya Apple dijangka akan memperkenalkannya seawal Mac ini.

iphone_8_review_01_thumb1200_4-3
Sumber: Macworld UK

Apple iPhone 9 ini pastinya dinantikan ramai memandangkan Apple dijangkakan bakal menyertakan processor Apple A13 Bionic iaitu processor yang sama digunakan pada iPhone 11 Pro serta hadir dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding model iPhone yang lain.

Dari segi rekaan, difahamkan Apple iPhone 9 bakal menggunakan kerangka iPhone 8 bagi mengekalkan ciri telefon pintar bersaiz kecil. Dalam erti kata lain, model ini bakal hadir dengan saiz skrin 4.7-inci. Fungsi TouchID antara yang tersedia pada model ini.

gsmarena_008
Sumber: onleaks
gsmarena_005
Sumber: onleaks

Seperti juga iPhone 7 dan 8, iPhone 9 juga dimaklumkan kemungkinan bakal hadir dengan model versi ‘Plus’ yang dilengkapi dengan saiz skrin yang lebih besar.

Sekiranya Apple berjaya menawarkan model ini dengan harga pada paras di bawah RM2,000, kami yakin model ini bakal dijual dengan laris. Penawaran harga yang mampu milik, penggunaan processor terbaru serta saiznya yang mudah dipegang antara yang membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya.

Apple baru-baru ini telah disaman oleh sebuah firma di Perancis kerana dilaporkan ‘sengaja’ memperlahankan iPhone.

Apple Sekali Lagi Disaman Kerana ‘Sengaja’ Memperlahankan iPhone

Apple iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Warna ‘Navy Blue’

Sumber