Kata orang sekali anda gunakan iPhone atau terjebak dengan ekosistem Apple memang tiada jalan keluar. Namun lain ceritanya pada tahun ini apabila kesetiaan pengguna Apple dilihat menurun dengan peratusan tertinggi sepanjang empat tahun.

Difahamkan antara punca utama pengguna Apple beralih kepada jenama lain berikutan penawaran spesifikasi dan fungsi model syarikat pesaing yang lebih baik serta mampu milik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
142227-phones-review-iphone-x-review-photos-image1-ahdsiyvum0
Sumber: Pocket-lint

Lebih parah, didapati satu daripada empat pengguna iPhone X sudah mula beralih kepada Android. Disebalik penurunan kesetiaan Apple, Samsung dilihat sebagai syarikat yang paling untung selepas menjadi pilihan majoriti bekas pengguna iPhone.

Melihat kepada masalah yang berlaku, Apple dijangka bakal menurunkan harga produk mereka untuk menarik perhatian pengguna menggunakan produk mereka kembali.

Sumber