Kurang lebih empat bulan sahaja lagi sebelum pelancaran model terbaru Apple iPhone. Sekiranya anda mengikuti berita perkembangan syarikat ini, pastinya anda mengetahui syarikat ini kini dibanjiri dengan pelbagai ura-ura termasuk Apple iPhone SE 2.

Terbaru, sebuah lagi gambar telah tertiris yang memperlihatkan Apple sedang mengusahakan sebuah model iPhone terbaru dengan saiz skrin 6.1-inci. Tertirisnya gambar ini sekaligus menolak dakwaan sebelum ini dimana iPhone 6.1-inci bakal hadir dengan skrin LCD sebaliknya Apple menggunakan skrin panel OLED.

playtone

Dari segi rekabentuk, rekaan sekaan Apple iPhone X antara yang dijangkakan pada model ini. Processor Apple A12 antara yang bakal disertakan sepertimana ura-ura sebelum ini. Menyoal dari segi harga, harga yang premium seakan Apple iPhone X bakal disertakan pada model ini.

Selain itu, dikatakan Apple juga sedang mengusahakan iPhone dengan skrin 6.5-inci yang bakal menggantikan model ‘Plus’ sebelum ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran model terbaru Apple ini seawal September ini.

Sumber