Apple iPhone model terbaru mungkin bakal dilancarkan pada September 2017. Walaubagaimanapun, ura-ura pada tahun ini hadir lebih awal daripada apa yang kami jangkakan. Setakat ini, dilaporkan Apple sedang mengusahakan chipset Apple A11, curve screen serta wireless charging.

Terbaru, dijangkakan Apple sekali lagi bakal mengumumkan warna terbaru pada iPhone 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan sumber daripada Macotakara, kemungkinan besar Apple iPhone bakal hadir dengan warna terbaru dan warna pilihan Apple pada kali ini adalah merah. Untuk pengetahuan anda Macotakara juga merupakan laman web yang pertama melaporkan Apple iPhone 7 tidak lagi menyertakan port headphone jack.

iPod Touch 5th generation
Apple iPhone 5c

Sebelum ini Apple pernah mencuba warna merah pada dua model mereka iaitu iPod 5th generation serta Apple iPhone 5c. Kehadiran iPhone terbaru dengan warna merah bakal menjadi produk ketiga Apple dengan rekaan body bewarna merah.

Selepas kejayaan penjualan warna Rose Gold yang diperkenalkan pada iPhone 6s dan Jet Black pada iPhone 7, adakah Apple bakal mengulangi skrip yang sama apabila mereka sekali lagi bakal memperkenalkan warna terbaru? Kongsikan pendapat mengenai warna yang bakal dikeluarkan Apple ini.

Baca lagi: Skrin Lengkung OLED Antara Yang Dijanjikan Pada iPhone Terbaru

Sumber