Jenama smartphone yang terkenal dengan tanda harganya yang tinggi serta kualitinya yang premium sekali lagi bakal menerima tanda harga yang baru menerusi model terbaru mereka. Dilaporkan Apple sudah bersedia untuk menjual Apple iPhone model terbaru dengan harga mencecah $999 (~RM4,268.23).

Mungkin agak sukar untuk menerima harga sebuah smartphone bakal mencecah harga yang lebih tinggi namun dengan teknologi serta pemasaran yang berkesan daripada pihak Apple mungkin bakal membuatkan pengguna yang berminat tidak kisah untuk mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iPhone dijual lebih mahal
Rekabentuk Apple iPhone terbaru

Seperti yang pernah anda baca melaui ura-ura teknologi terbaru Apple iPhone sebelum ini, kemungkinan iPhone terbaru yang dikenali sebagai iPhone 8 bakal disertakan dengan teknologi pengimbas wajah serta wireless charging. Rekabentuk yang bezelless disertakan dengan skrin yang lebih besar antara yang menjadi daya tarikan buat model terbaru ini.

Dalam pada itu, dilaporkan Apple bakal mengeluarkan 3 model iPhone secara serentak pada kali ini, dimana dua daripadanya merupakan penambahbaikan daripada iPhone 7 dan 7 Plus dan sebuah lagi model yang memfokuskan kepada pengguna high-end.

Apple iPhone 8
Perbandingan iPhone 8 bersama iPhone 7 dan 7 Plus

Mampukah Apple menjual dengan tanda harga sebegitu tinggi? Mungkin belum pernah dibuat sebelum ini, namun memperlihatkan smartphone flagship Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 8 yang mula ditawarkan pada $930, kemungkinan besar Apple bakal mengikuti trend yang sama.

Sumber