Siri iPhone 14 kali ini berjaya mencatatkan jumlah jualan yang cukup memberangsangkan di seluruh dunia. Dengan permintaan yang bertali arus ketika ini, iPhone telah menjadi penyumbang utama kepada pendapatan tahunan 2022 berbanding produk yang lain.

Dalam Laporan Global 500 2022, kini Apple Inc. telah dinobatkan kembali sebagai jenama paling bernilai di dunia. Apple pada ketika ini mempunyai penilaian mencecah $335.1 bilion bersamaan RM1.678 trilion mengikut tukaran semasa terkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Visual Capitalist

Pihak Global 500 menyatakan dengan iPhone sahaja telah menyumbang kira-kira separuh daripada jualan jenama itu. Apple pada ketika ini telah mendominasi pasaran telefon pintar dengan selesa dan dilaporkan majoriti pengguna di Amerika Syarikat kekal menggunakan iPhone secara aktif di dalam seharian.

Selain penawaran iPhone, Apple kini juga menfokuskan rangkaian produk dan perkhidmatan lain seperti iPad, iMac, Apple Pay dan Apple TV. Pada hari ini, kesemua rangkaian produk mereka sudah menjadi semakin penting kepada kejayaan jenama itu.

Sumber Gambar: iTworld

Global 500 menambah lagi dengan menyatakan syarikat Apple mengetahui kepentingan kehendak pelanggannya untuk mengekalkan ekuiti jenama. Malah, sektor teknologi dan perkhidmatan menjadi sektor paling bernilai di dunia dengan dianggarkan bernilai $2 trilion (~RM9.46 trilion).

Selain Apple, Amazon kini bernilai $350.3 bilion (~RM1.654 trilion) di tempat kedua di dalam carta dan Google dinilaikan sebanyak $263.4 bilion (~RM1.243 trilion) di belakangnya. Sehingga ke hari ini, model iPhone 14 Pro terutamanya menerima permintaan yang tinggi di seluruh dunia.