Rata-rata pengguna hari ini sudah mula meminati dengan telefon pintar boleh lipat seperti Galaxy Fold dan Galaxy Flip kerana lebih unik. Oleh itu, semakin banyak syarikat teknologi terkemuka mahu turut menawarkan peranti skrin boleh lipat kerana permintaan yang tinggi pada saban tahun.

Kini seorang YouTuber dari China telah berjaya menghasilkan iPhone boleh lipat buat pertama kalinya di dunia. Beliau menggunakan komponen sedia ada yang menggabungkan komponen dalaman iPhone bersama kerangka boleh lipat Motorola Razr.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Menerusi video tersebut, beliau memaparkan proses yang dilalui untuk menanggalkan komponen pada kedua-dua peranti sehingga menjadi sebuah peranti boleh lipat. Semua komponen dalaman iPhone X telah dialih keluar dan digabungkan semula untuk dimasukkan di dalam kerangka Motorola Razr.

Walaupun beliau menfokuskan kepada iPhone X, beberapa komponen model iPhone yang lain juga turut digunakan dalam penghasilan iPhone boleh lipat ini. Hasil ciptaan itu telah dinamakan sebagai iPhone V di mana peranti ini berfungsi dengan menjalankan sistem iOS serta paparan yang boleh dilipat kepada dua.

Anda boleh lihat sendiri proses penghasilan iPhone boleh lipat ini dengan video yang disediakan di atas. Prosesnya sangatlah rumit dan memerlukan kepakaran teknologi yang tinggi untuk menjayakan projek gila ini.