Memang tidak dinafikan produk yang ditawarkan oleh Apple sering menjadi buruan ramai lebih-lebih lagi produk generasi terawal. Para peminat sanggup membeli pada harga berlipat kali ganda walaupun ia sudah berusia sedekad lamanya.

Terbaharu, iPhone generasi pertama dalam keadaan seal sejak tahun pelancarannya iaitu tahun 2007 berjaya dilelong di sebuah laman lelong LCD auctions dengan bidaan setinggi $39,339 (~RM185,545) daripada peminatnya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: LGC auctions

iPhone ini mempunyai spesifikasi memori 8GB dan masih tersimpan rapi di dalam kotak sejak 15 tahun lalu. Sewaktu pelancaran pertamanya, harga yang ditawarkan sekitar $599 (~RM2,825) dan bermakna iPhone ini berjaya dijual pada harga berpuluh kali ganda dari yang dinyatakan.

iPhone ini dikira ikonik di dalam sejarah Apple kerana merupakan ciptaan terunggul oleh Steve Job dengan menggabungkan iPod, telefon dan juga telekomunikasi internet menjadi all in one. Para pengumpul dan pelabur dilihat bakal merebut peluang keemasan ini kerana sangat sukar untuk mendapatkan produk klasik sebaik ini.

Sumber Gambar: LGC auctions

Dengan harga bidaaan setinggi ini, ramai yang menjangkakan iPhone ini boleh dijual dengan harga yang jauh lebih mahal pada masa kelak sekiranya masih dalam keadaan baik seperti sedia ada.