Sebut sahaja Google sudah pasti anda membayangkan laman web dengan ejen carian terpantas dan terbaik. Menguasai YouTube, ejen carian serta sistem operasi Android antara yang membuatkan orang ramai tidak terlepas untuk menggunakan servis mereka hampir setiap hari.

Meskipun Google berjaya menjadi ejen carian utama untuk hampir kesemua komputer dan smartphone ketika ini, tahukah anda hampir 50% carian yang dibuat di Google datangnya daripada Apple iPhone. Melihat kepada jumlah pengguna yang ramai ini sekaligus berjaya memberi peluang buat Apple untuk berada di winning side di dalam kes ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

google-search-iphone6-hero

Berdasarkan laporan terbaru, Google dikatakan perlu membayar sekitar $3 billion (~RM12.88 billion) untuk terus kekal sebagai ejen carian utama atau default search engine buat Apple iPhone. Perjanjian yang dibuat ini membolehkan Google terus kekal atau sekiranya Google mengingkarinya Apple mungkin terpaksa kepada laman web ejen carian berbeza selepas ini.

Perjanjian yang bakal dibuat ini bukanlah yang pertama dibuat, sebelum ini perjanjian yang sama pernah dibuat sekitar tahun 2014 dengan nilai pembayaran Google kepada Apple sebanyak $1 billion.

Siapakah yang lebih untung didalam perjanjian ini?

google_app_specific_passwords_iphone_6_hero

Perjanjian yang dibuat ini dilihat sebagai advantage buat kedua-dua belah pihak. Apple berjaya menerima wang yang banyak manakala Google berjaya mengekalkan bilangan pengguna yang ramai. Google juga bakal memperoleh pendapatan berdasarkan servis yang ditawarkan serta keuntungan 5% daripada jumlah pendapatan operasi iOS.

Sumber