Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan model terbaru iPhone serta menantikan harganya rendah sedikit, inilah masanya. Promosi yang dijalankan pada masa terhad ini bakal berlangsung bermula pada hari ini sehingga akhir Mac 2017.

Melalui promosi terbaru daripada Apple, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone 7 128GB pada harga yang sama seperti iPhone 7 32GB iaitu RM3199. Begitu juga dengan Apple iPhone 7 Plus 128GB dan 256GB yang turut dijual dengan harga yang lebih rendah. Buat anda yang baru sahaja membeli iPhone 7 32GB, anda mungkin menyesal dengan promosi terbaru Apple ini.

Promosi ini dijalankan di seluruh kedai pengedar rasmi Apple Malaysia termasuk Switch dan Machines. Turut disediakan buat pengguna yang ingin membeli secara online.

Memandangkan promosi ini tidak ditawarkan pada model 32GB, anda masih boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah berbanding retail di Lazada. Pengurangan harga hampir RM500, pilihan warna yang pelbagai serta bayaran secara ansuran turut ditawarkan buat para pembeli.

Lazada juga nampaknya tidak mahu terlepas dengan promosi terbaru daripada Apple. Pembelian iPhone 7 128GB dan iPhone 7 256GB turut ditawarkan dengan harga promosi sehingga RM670.

Klik di sini untuk membuat tempahan. Sememangnya masa yang sesuai untuk anda mendapatkan model terbaru iPhone dengan harga yang rendah.