Kehilangan iPhone sememangnya menjadi mimpi ngeri buat para pemilik. Aplikasi Find My sahaja belum cukup memadai kerana terdapat kes di mana pemilik masih sukar menjejak iPhone yang hilang.

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan dalam menjejak iPhone hilang dengan lebih efektif. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk memudahkan jejakan iPhone jika berlaku kehilangan atau keciciran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Gunakan eSim
menjejak iphone hilang
Sumber Gambar: Techcrunch

Antara perkara yang anda perlu lakukan adalah menggunakan atau menambah eSim pada iPhone yang digunakan. Hal ini kerana eSim akan sentiasa aktif walau di mana jua sekaligus memudahkan mengesan lokasi sebenar sesebuah iPhone yang hilang.

Jika kalau anda menggunakan kad sim fizikal semata-mata, individu berniat jahat mungkin menggeluarkan kad sim tersebut kerana mahu menghalang anda daripada mengesannya. Malah, pencuri boleh mematikan iPhone tersebut dan selepas itu anda sudah tidak boleh mengesan lokasi sebenar menerusi Find My.

Servis eSim ini sudah ditawarkan secara meluas oleh sejumlah syarikat telekomunikasi tempatan seperti Digi, Maxis, Celcom dan Yoodo. Untuk makluman, servis eSim ini boleh digunakan pada model iPhone XS dan ke atas. Anda boleh kunjungi pusat telekomunikasi berdekatan untuk mendaftar eSim.

2. Mematikan fungsi Control Centre pada lockscreen
Sumber Gambar: Macrumors

Selain itu, anda perlu mematikan fungsi Control Centre yang boleh diakses sewaktu skrin dikunci. Hal ini kerana tetapan asal masih membenarkan selain pemilik mematikan rangkaian atau sambungan internet dan juga bluetooth yang mana merupakan aspek penting dalam mengesan lokasi iPhone.

Dengan mematikan fungsi ini, orang asing tidak boleh mengakses fungsi panel kawalan seperti WiFi, bluetooth dan Airplane mode menerusi lockscreen selepas ini. Dalam pada itu, iPhone anda lebih terjamin sekuritinya kerana hanya boleh diakses dengan imbasan wajah atau pun kata laluan yang ditetapkan sahaja.

3. Memberi akses ciri Location Sharing kepada ahli keluarga
Sumber Gambar: The Vocket

Selain menggunakan aplikasi Find My, anda perlu mengaktifkan ciri Location Sharing dan memberi akses kepada ahli keluarga yang berada di dalam pelan iCloud anda. Dengan ini, mereka yang mempunyai autoriti boleh melihat lokasi dan status dalam talian atau pun luar talian iPhone yang hilang.

Di samping itu, ahli keluarga juga boleh memainkan bunyi penggera pada peranti yang hilang dari jarak jauh serta mengaktifkan Lost Mode jika perlu. Tambahan pula, setiap ahli keluarga boleh turut membantu dalam mengesan peranti yang mungkin di bawa ke sesuatu lokasi berbeza.

Anda perlu menetapkan kebenaran akses dengan pergi ke bahagian Family Sharing kemudian klik pada senarai nama ahli keluarga di menu tersebut. Klik sekali lagi pada nama ahli keluarga dan tekan Share My Location. Dengan ini, mereka boleh mengetahui lokasi peranti anda dan juga mengawal peranti daripada jauh sewaktu kecemasan.

Diharapkan dengan tips di atas dapat memudahkan lagi pengesanan iPhone yang mungkin hilang pada masa kelak. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna melakukan langkah-langkah berjaga seperti yang disarankan di atas.

Sumber