Seingat saya, minggu ini sahaja hampir 4 ura-ura yang membincangkan mengenai berita terbaru iPhone. Terbaru, dikatakan Apple bakal mengeluarkan warna baru buat iPhone iaitu ‘Jet White’.

Berdasarkan sumber daripada MacOtakara, antara laman web terawal yang melaporkan iPhone 7 bakal hadir dengan ketiadaan headphone jack mengatakan warna ini bakal dikeluarkan buat kedua-dua model iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Menariknya, warna terbaru ini bakal dikeluarkan beberapa bulan selepas iPhone 7. Tindakan yang belum pernah dilakukan Apple sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iphone-7-iphone-7-plus-jet-white-option-11

iphone-7-plus-jet-white

Setakat ini masih belum terdapat sebarang pengesahan daripada pihak Apple sendiri mengenai warna terbaru ini. Jika tidak dilancarkan pada pada iPhone 7 kemungkinan bakal dikeluarkan pada model iPhone seterusnya.

Buat pengguna iPhone, adakah warna ‘Jet White’ pada iPhone 7 berjaya menarik perhatian anda atau lebih baik menabung sempena iPhone seterusnya sahaja?

Sumber