Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan siri terbaru iPhone yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini, pastinya anda cukup tahu dimana terdapat ura-ura yang mengatakan Apple sedia untuk menawarkan harga yang lebih rendah pada iPhone terbaru.

Ura-ura ini secara tidak langsung berjaya membuatkan orang ramai gembira serta tidak sabar untuk mendapatkan model terbaru iPhone yang pastinya tercanggih pernah dihasilkan.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

b21726c8757a39279084d0550566304a

Di sebalik harga yang rendah ditawarkan, laporan daripada Ming-Chi Kuo selaku penganalisa Apple menyatakan jenama ini mungkin tidak lagi menyertakan pengecas serta Apple EarPods buat para pembeli.

Hal ini sengaja dibuat Apple dalam usaha untuk menawarkan harga yang rendah atau setanding siri iPhone sebelum ini meskipun menawarkan iPhone dengan kos yang tinggi melalui penawaran rangkaian 5G.

iphone-12-pro-concept

Sumber: BGR

Langkah yang dibuat Apple ini nampaknya kurang menyenangkan ramai melihatkan para pengguna nampaknya terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan pengecas yang pastinya keperluan untuk setiap telefon pintar.

Sekiranya Apple berjaya menjalankannya, tidak mustahil juga jenama-jenama telefon pintar lain bakal mengikuti jejak langkah Apple pada masa akan datang.

Tular pada minggu ini apabila Machines sedia menawarkan iPhone XR dengan harga serendah RM1,799 sahaja. Turut dikongsikan, harga iPhone 12 dijangka bakal bermula sekitar RM2,749 sahaja. 

Machines Tawarkan Promosi iPhone XR Dengan Harga Serendah RM1,799

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

 

Anda Mungkin Suka