Bermula dengan sekadar ura-ura, nampaknya impian orang ramai dalam menantikan iPhone mampu milik daripada Apple akhirnya menjadi kenyataan. Pada hari ini, Apple secara rasmi telah melancarkan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone SE 2020.

Tampil dengan nama yang hampir sama model yang pernah dilancarkan empat tahun lalu, iPhone SE pada kali ini nampaknya membawa DNA yang sama dalam menawarkan iPhone mampu milik beserta spesifikasi berbaloi.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →
Rekaan dan spesifikasi

EVpzc6BUwAM3VKx

Dari segi rekaan, iPhone SE dilihat mempunyai rekaan yang sama seperti iPhone 8. Skrin 4.7-inci antara yang disertakan beserta butang TouchID. Menariknya, Apple turut menawarkan processor Apple A13 Bionic pada model ini. Processor yang sama terdapat pada iPhone 11 Pro. Sokongan Haptic Feedback, kalis air IP67 dan HDR10 antara yang disertakan.

Seperti iPhone 8, model terbaru ini cuma disertakan dengan satu kamera belakang 12-Megapixel f/1.8 namun turut disertakan dengan fungsi potrait mode. Kamera hadapan pula disertakan dengan lensa 7-Megapixel f/2.2.

Sebanyak tiga kapasiti ruang storan ditawarkan bermula daripada 64GB, 128GB dan 256GB. Sebanyak tiga warna ditawarkan pada iPhone SE iaitu warna putih, hitam serta warna eksklusif (PRODUCT)RED.

Harga

Harga iPhone SE

Sebuah perkara yang membuatkan orang ramai menantikan serta membuatkan orang teruja mengenai iPhone SE generasi terbaru ini sudah pastinya mengenai harganya.

Bermula dengan sekadar ura-ura yang membuatkan orang ramai skeptikal mengetahui status jenama Apple, jenama ini berjaya merealisasikannya dengan menawarkan iPhone SE 64GB serendah RM1,999 sahaja.

Buat anda yang mahukan ruang storan yang lebih tinggi, model ini turut ditawarkan dengan ruang storan 128GB dan 256GB dengan harga RM2,199 dan RM2,699.

Sememangnya upgrade yang berbaloi sekiranya anda menggunakan model iPhone yang sudah lebih lebih tiga tahun di pasaran. Sebuah harga yang berbaloi untuk didapatkan melihatkan iPhone SE terbaru ini menggunakan processor yang sama seakan iPhone 11 Pro.

Apple juga dijangka akan melancarkan iPhone 12 Pro pada akhir tahun ini atau seawal tahun hadapan yang bakal menampilkan empat kamera utama. Tonton video di bawah untuk menonton dengan lebih lanjut rekaan konsep iPhone 12 Pro.

Tonton Rekaan Konsep iPhone 12 Pro Yang Bakal Dilancarkan Apple

iPhone 9 Bakal Dilancarkan Secara Atas Talian Seawal Bulan Ini?

Anda Mungkin Suka