Mula dilancarkan pada penghujung 2015 dan awal 2016, siapa sangka iPhone SE dan iPhone 6s bakal menerima kemaskini iOS terbaru selepas lima tahun dilancarkan.

Laporan ini disahkan oleh iPhonesoft dimana iOS 14 bakal menyokong kesemua model yang mampu menjalankan iOS 13 sekaligus mengesahkan model iPhone SE dan iPhone 6s diikuti model yang lebih baharu masih mampu menerima kemas kini terbaru.

Apple-iPhone-SE-vs.-iPhone-6s-Plus-test-Review
Sumber: akket

Walau bagaimanapun, situasi sedikit berbeza buat iPad dimana iOS 14 mungkin tidak lagi menyokong iPad mini 4 dan iPad Air 2 yang pernah dilancarkan pada Oktober 2014.

Setakat ini masih belum diketahui apakah pembaharuan terbaru yang bakal dibawakan Apple pada iOS 14. Segalanya bakal terjawab pada atur cara WWDC yang bakal dijadualkan pada Jun 2020 ini. Berita mengenai penawaran iOS 14 ini sudah pastinya bakal memberi kelegaan buat pengguna iPhone SE dan 6S.

Buat pengguna iPhone yang mahu mendapatkan model iPhone terbaru namun tidak mahu berbelanja besar, mungkin anda perlu menantikan iPhone 9 yang dilaporkan bakal dijual dengan harga tidak sampai RM2,000.

Ini Mungkin Rekaan iPhone 9 Yang Bakal Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000

Apple iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Warna ‘Navy Blue’

Sumber