Selepas hampir empat tahun Apple memperkenalkan rekabentuk terbaru bermula dengan Apple iPhone 6, nampaknya masih ramai lagi peminat iPhone yang berminat dengan rekaan lama iPhone yang tampak lebih classy dan ikonik.

Terbaru, sebuah lagi gambar tertiris yang memperlihatkan iPhone SE hadir dengan rekaan hadapan seakan iPhone X. Dari segi rekabentuk, model terbaru ini masih lagi rekaan kotak sepertimana model sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage772363d5a19bf7-0450-48a4-9162-bd4a52a69769

Processor A10 Fusion beserta RAM 2 GB antara yang bakal disertakan buat Apple iPhone SE terbaru ini bagi menjanjikan kelancaran penggunaan serta menjamin kelangsungan versi iOS yang berpanjangan pada masa akan datang.

Sekiranya Apple berpihak untuk mengikuti kehendak sesetengah pengguna yang mahukan rekabentuk seakan iPhone SE serta tampak lebih moden, pada kami rekaan terbaru ini antara yang paling sesuai digunakan.

Dikatakan model terbaru Apple ini bakal dilancarkan beberapa bulan sahaja lagi. Sekiranya anda sedang mencari smartphone terbaik dengan saiz skrin yang tidak kecil (4.2-inci), mungkin model terbaru Apple iPhone SE ini antara yang perlu nantikan.

Sumber