Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah hampir 2 bulan diumumkan Apple, pengguna Malaysia berpeluang mendapatkan set rasmi Apple iPhone X bermula pada hari ini. Disebalik harganya yang agak premium bagi sesebuah telefon pintar sambutan yang ditunjukkan boleh dikatakan agak luar biasa.

Buat syarikat telco, seperti yang anda boleh jangkakan pelbagai tawaran dan promosi yang ditawarkan khusus buat para pengguna. Namun apa yang menarik hati kami pada hari ini adalah usaha seorang gadis ini untuk menjadi yang terawal mendapatkan Apple iPhone X dengan harga RM10.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

23847399_1669624056433781_6687974534966855957_o

Berdasarkan perkongsian daripada Celcom, gadis ini telah mula beratur di Celcom Blue Cube Cawangan Sunway Pyramid 4 malam lebih awal sebelum pelancaran rasmi. Jumlah jam yang dilaburkan untuk mendapatkan iPhone X berharga RM10 adalah 98 jam.

Selain gadis ini, terdapat seorang lagi pemenang yang berjaya mendapatkan Apple iPhone X dengan harga RM10 ini. Tahniah buat para pemenang!

23916311_1669624233100430_3315406365572996846_o

Melihat daripada ruangan komen Celcom, netizen nampaknya cuba mengulas sama ada tindakan untuk beratur 4 hari lebih awal ini berbaloi atau sebaliknya. Sanggupkah anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Baca lagi: Kerana ‘Sneakers’ Lelaki Ini Ditumbuk Di Hadapan adidas Originals KLCC

Anda Mungkin Suka