Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan Apple iPhone X serta menantikan harganya rendah sedikit, inilah masanya. Promosi yang dijalankan pada masa terhad ini bakal membolehkan anda mendapatkan Apple iPhone X dengan harga tidak sampai RM5,000.

Melalui promosi terbaru daripada Apple, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone X 64GB pada harga RM4,919 dimana dimana anda berpeluang berjimat sebanyak RM230.

Begitu juga dengan Apple iPhone X 256GB yang turut dijual dengan harga yang lebih rendah. Buat anda yang baru sahaja mendapatkan Apple iPhone X beberapa hari yang lalu, anda mungkin menyesal dengan promosi terbaru yang ditawarkan ini.

Screen_Shot_2017-12-03_at_2_57_38_PM

Setakat ini promosi Apple iPhone X ini cuma ditawarkan di Lazada dengan harga permulaan RM4,919. Melihat kepada beberapa tempat yang telah kehabisan stok kami yakin promosi yang ditawarkan tidak berlangsung dalam jangka masa yang panjang.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkannya anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan. Sememangnya masa yang sesuai untuk anda mendapatkan model terbaru iPhone X dengan harga promosi.

Sumber