Nampaknya penantian untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bakal berakhir apabila premium reseller atau pihak Apple bakal mula menjual telefon terbaru mereka pada 14 Oktober 2016.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, harga iPhone 7 bakal menggantikan harga iPhone 6S yang lama sekaligus menjadikan harga buat iPhone 7 32GB mula dijual pada harga RM3,199 manakala iPhone 7 Plus dijual dengan harga RM3,799. Berikut merupakan senarai harga model-model iPhone yang dijual di Machines.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

screen-shot-2016-10-13-at-4-15-04-am

Untuk pengetahuan anda, iPhone 7 yang banyak dijual sebelum tarikh ini kebayakannya adalah Singapore set dimana ianya ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi khusus buat mereka yang mahu menggunakan iPhone 7 dengan lebih awal.

Buat anda yang mahu mendapatkan iPhone 7 Malaysia set, sudahkah anda memikirkan warna apakah yang paling lawa pada pendapat anda. Hal ini kerana iPhone 7 diumumkan dengan 5 warna termasuk warna Jet Black yang hadir dengan warna yang tampak lebih eksklusif dan premium.

colors

iphone-7-color-comparison-matte-black-gold-rose-gold-silver

Selain premium reseller Apple Malaysia, pengguna boleh dapatkan Apple iPhone 7 melalui pelan-pelan yang ditawarkan telco disertakan dengan kontrak 12 atau 24 bulan.

Berdasarkan ‘hype’ Apple iPhone terbaru, kami tidak sabar untuk menantikan adakah trend beratur untuk menjadi pengguna terawal iPhone 7 akan semakin rancak atau sebaliknya. Adakah anda salah seorang yang bakal beratur untuk menjadi yang terawal?

Sumber