Bandar Ipoh tersenarai dalam 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut laman travel Lonely Planet. Awesome! Ipoh berada di tempat ke-6 dalam senarai top 10 ini dan dibariskan bersama bandar-bandar besar lain di Asia seperti Hokkaido, Shanghai dan Hong Kong.

Menurut Lonely Planet, Ipoh tersenarai dalam senarai ini disebabkan beberapa faktor. Paling utama adalah variasi makanan yang terdapat di bandar Ipoh. Mana anda nak cari nasi ‘ganja’ Yong Suan di tempat lain? Memang tak ada. Cuma di Ipoh. Tidak lupa juga white coffee Ipoh. Ini antara contoh makanan awesome yang anda boleh dapat di Ipoh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nasi ganja

ipoh

Selain itu, butik cafe atau kedai kopi yang dibina di bangunan-bangunan lama di Ipoh yang menyuntik elemen vintage kepadanya menjadikan Ipoh bandar yang menarik untuk dikunjungi. Selain itu, hotel konsep seperti Sekeping Kong Heng manambah lagi keseronokkan untuk tinggal di Ipoh.

Sekeping

Lonely Planet turut menjadikan aktiviti birdwatching di Kinta Nature Park dan water rafting di Gopeng sebagai aktiviti yang wajib dicuba ketika di Ipoh.

BACA : 7 Sebab Kenapa Ipoh Adalah Destinasi Paling Hipster Di Malaysia

Ipoh1

Jadi kalau anda kekurangan bajet untuk travel ke luar, apa kata anda ke bandar Ipoh. Kalau orang luar pun appreciate bandar Ipoh, kita pun kenalah buat perkara yang sama. Kalau anda nak baca senarai penuh 10 bandar di Asia yang lain pilihan Lonely Planet, tekan di sini. Ipoh power sebab ada lagu special untuk Ipoh. Boleh layan di bawah. Ipoh mali talak sombong!

Sumber