iProperty sendiri adalah nama yang cukup besar sebagai salah satu portal hartanah utama di Asia Tenggara. Baru-baru ini, syarikat ini mengumumkan bahawa mereka akan dibeli oleh syarikat lain yang lebih besar – REA group, iaitu sebuah anak syarikat milik News Corp yang memiliki laman web hartanah di Australia, China, Amerika Syarikat, dan Eropah.

Ini menjadikan penilaian iProperty pada harga US$534 juta (RM2.29 bilion), iaitu merupakan salah satu pengambilalihan syarikat internet terbesar yang berlaku di Asia Tenggara.

Patrick Grove
Patrick Grove / Tech in Asia

Masih tidak dapat dipastikan bagaimana pembelian itu akan distruktur, sama ada REA akan membeli harga US$2.80 (RM12.00) sesaham daripada pemegang saham iProperty, atau menawarkan pembelian US$0.85 (RM3.64) sesaham secara tunai bersama dengan 0.7 saham.

Buat pemegang saham yang membeli saham iProperty selepas IPO (initial public offering), mereka mendapat pulangan sebanyak 17 kali ganda, dengan andaian harga jualan sebanyak US$2.80 sesaham. Sebelum ini, REA telah memiliki sebahagian saham iProperty dengan pelaburan sebanyak US$100 juta.

iProperty memperolehi pendapatan sebanyak US$17.7 juta (RM75 juta) dalam 3 suku pertama tahun ini, walaupun ia mengalami kerugian selepas cukai sebanyak US$1.11 (RM4.75 juta) pada pertengahan pertama.

Pengambilalihan ini menandakan berakhirnya pemilikan saham iProperty oleh Patrick Grove dan syarikatnya Catcha Group, yang merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu setakat ini. Pengambilalihan terbesar di Asia Tenggara sebelum ini adalah laman portal mencari kerja, Jobstreet, dari Malaysia yang dijual pada harga US$586 juta (RM2.51 bilion).

Untuk arena startup Asia Tenggara, pembelian ini adalah berita baik. Sekiranya rantau ini dapat meneruskan momentumnya, kita bakal melihat penjualan syarikat berharga bilion dolar ringgit tidak lama lagi. Syarikat-syarikat seperti Garena dan GrabTaxi (MyTeksi), sebagai contoh, sudah bernilai lebih daripada satu bilion dolar.

BACA: iFlix Mahu Menjadi Netflix Untuk Pasaran Asia

BACA: ‘In-House Parking Lot’ Simbolik Kehidupan Mewah Di Singapura

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber