iProperty, iaitu laman web hartanah yang diasaskan di Malaysia sah dijual kepada satu unit bisnes dimiliki oleh tycoon media, Rupert Murdoch pada harga AUD $751 juta (RM2.3 bilion), menjadikan ianya pengambilalihan startup Asean paling besar.

iProperty menyediakan senarai hartanah untuk dijual dan disewa di negara-negara Asean seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →
Georg-Chmiel
Georg Chmiel, CEO iProperty Group / iProperty

Ia diasaskan pada tahun 2007 oleh usahawan bersiri Australia, Patrick Grove dengan pelaburan sebanyak AUD $300,000.

"Ia memberi pulangan 16 kali ganda kepada pelabur, yang mana merupakan tawaran yang sangat baik," kata Grove kepada The Straits Times.

Beliau meletak jawatan sebagai pengerusi selepas pengambilalihan oleh REA Group, yang merupakan sebahagian daripada konglomerat Australia, News Corp.

Beliau berkata jual-beli itu menunjukkan bahawa syarikat-syarikat Asia Tenggara adalah mempunyai nilai. "Ia adalah satu kejayaan besar untuk kita," katanya.

iProperty telah disenaraikan di Bursa Saham Australia pada tahun 2009 dengan harga 25 sen Australia sesaham, dan mencapai harga AUD$3.93 sesaham, Mac tahun lalu. Ia ditutup pada harga AUD$3.84 semalam.

Pendapatan pada tahun 2013 adalah sebanyak AUD$24 juta.

iProperty merupakan sebahagian daripada portfolio syarikat firma pelaburan Malaysia, Catcha Group. Grove adalah pengasas bersama Catcha Group.

Peggy Lee, Pengarah Komunikasi Korporat Catcha berkata, pengambilalihan itu adalah petunjuk pertumbuhan sihat untuk startup di Asia Tenggara.

Patrick Grove, penduduk tetap Malaysia yang berasal dari Australia, tinggal di Kuala Lumpur. Ibu bapanya tinggal di Singapura.

Beliau memulakan Catcha sebagai portal berita online pada akhir 1990-an di Singapura semasa ledakan dot.com yang pertama, tetapi dot.com bubble berlaku hanya sebelum firma itu sempat disenaraikan di bursa saham Amerika Syarikat.

Ketika krisis berlaku, Grove tidak berhenti, sebaliknya berjaya memujuk pelabur untuk melabur lebih banyak wang, memulihkan syarikat, dan seterusnya berkembang dalam bidang penerbitan.

Syarikat itu akhirnya berjaya, pelabur mendapat balik modal mereka, dan Grove memindahkan operasi Catcha ke Kuala Lumpur, di mana kos adalah lebih rendah.

BACA: iProperty Bakal Dijual RM2 Bilion, Penjualan Firma Web Terbesar Di Asia Tenggara

BACA: iFlix Mahu Menjadi Netflix Untuk Pasaran Asia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka