Kementerian Kesihatan Iran telah meminta pihak berwajib untuk membatalkan solat Jumaat dan ibadah berjemaah yang lain bagi menghalang wabak coronavirus daripada merebak, lapor Anadulu Agency.

Jurucakap kepada Kementerian Kesihatan Kianoush Jahanpour mengatakan bahawa semua kegiatan yang melibatkan orang ramai harus dibatalkan sampai pemberitahuan lebih lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehingga hari ini, korban nyawa yang meninggal dunia akibat penyebaran wabak ini telah mencapai 2,858 orang di seluruh dunia.

Sebahagian besar korban adalah datang daripada China – khususnya Wuhan yang menjadi tempat lahirnya wabak ini. China setakat ini mencatatkan 2,788 orang yang meninggal dunia.

Manakala Iran pula telah menjadi negara kedua terbanyak yang meninggal dunia disebabkan coronavirus selepas China. Dengan jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 245 kes dan telah mengambil 26 nyawa.

Terdapat dua orang penting dalam kerajaan Iran yang dilaporkan telah dijangkiti dengan wabak ini.

Massoumeh Ebtekar, yang bertanggungjawab mengurus kementerian wanita dan keluarga dilaporkan positif. Manakala Mojtaba Zonnour – seorang ahli politik dan ulama Syiah – turut sama dijangkiti dengan wabak coronavirus.

Manakala di Indonesia, masih tidak direkodkan mangsa yang terkena jangkitan ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Indonesia Ucap Syukur, Doa Ulama Buat Mereka Terhindar Daripada Coronavirus

Sumber