Sebagai pengguna smartphone biasa, pada kita aplikasi seperti Telegram dan Instagram mungkin tidak merbahaya dan bertujuan sekadar berkongsi maklumat bersama orang ramai.

Namun lain ceritanya di Negara Iran dimana dua aplikasi ini diharamkan oleh pihak kerajaan setelah berjaya mencetuskan kontroversi yang telah mengakibatkan 20 individu kehilangan nyawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Iran kini sedang dalam pergolakan setelah berlaku protes daripada pihak pembangkang. Melalui laporan terbaru, sudah hampir 20 individu kehilangan nyawa

Sumber: Associated Press
Sumber: Associated Press

Berdasarkan insiden yang berlaku Kerajaan Iran bertindak untuk mengharamkan kedua-dua aplikasi untuk menjaga keamanan negara daripada terpalit dengan sebarang provokasi dari negara luar.

Pemilihan untuk mengharamkan Telegram adalah disebabkan dakyah negatif yang disebarkan melalui Telegram Channel serta penggunaan majoriti Rakyat Iran yang menjadikan Telegram sebagai aplikasi permesejan utama. Berikut merupakan ulasan lanjut daripada Menteri Telekomunikasi Iran mengenai pengharaman aplikasi Telegram.

Setakat ini, pengharaman kedua-dua aplikasi ini masih belum diketahui sama ada untuk sementara waktu atau secara kekal.

Sumber