Iran seolah-olah tidak dapat menangani isu coronavirus apabila sekurang-kurangnya 77 orang telah meninggal dunia akibat wabak yang melanda negara Islam tersebut.

Namun dilaporkan bahawa angka itu mungkin lebih tinggi selepas terdapat beberapa media antarabangsa berjaya menghidu usaha kerajaan Iran mahu menyembunyikan angka sebenar. BBC melaporkan bahawa angka kematian di Iran sebenarnya telah mencapai 210.

Sehingga Selasa, 8% ahli parlimen Iran telah dijangkiti dengan wabak ini, menurut CNN – antara yang dijangkiti adalah timbalan menteri kesihatan dan salah seorang naib presiden. Manakala penasihat utama kepada Ayatollah Ali Khamenei, Mohammad Mirmohammadi, telah meninggal dunia akibat coronavirus.

Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya 23 ahli parlimen telah diuji positif coronavirus, lapor CNN. Parlimen dilaporkan telah digantung daripada bersidang, dan penggubal undang-undang diminta untuk berhenti bertemu dengan penyokong mereka.

Iran nampaknya mempunyai bilangan tertinggi pegawai kerajaan yang dijangkiti dengan coronavirus. Sekurang-kurangnya tujuh pegawai Iran, termasuk Naib Presiden Masoumeh Ebtekar, telah diuji positif coronavirus.

Sementara itu, Iran dilaporkan telah melepaskan hampir 54,000 banduan buat sementara waktu untuk memerangi penyebaran COVID-19.

Berikut adalah cerita lain mengenai coronavirus untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

Bagaimana Dua Kes Coronavirus Cetus Situasi Panik Kepada 273.52 Juta Rakyat Indonesia?

Jururawat Mahu Teman Lelaki Sebagai Ganjaran Jika Coronavirus Berjaya Dihapuskan