Iran adalah antara negara yang teruk terjejas akibat penularan wabak yang membunuh lebih 1,000 rakyat mereka. Kerajaan Iran juga turut melaporkan bahawa satu kematian dicatatkan setiap 10 minit akibat wabak COVID-19.

Pihak berkuasa Iran semalam mengumumkan 149 kematian baru telah direkodkan, ini menjadikan angka besar terus meningkat dengan 1,284 kematian di negara yang teruk diserang pademik selepas China dan Itali.

photo_2020-03-20_16-51-38
HYPE
Hanya Serendah RM20, Anda Dapat Data 20GB! Banyak Juga Ganjaran Hebat Dari Telco Ini
Baca lagi →

Jurucakap Kementerian Kesihatan Kianoush Jahanpour memberitahu media bahawa Tehran mencatatkan bilangan tertinggi kes baru, dengan 137 dilaporkan, diikuti dengan Isfahan, dengan 108 dan Gilan dengan 73.

“50 kes jangkitan baru dikesan setiap jam dan satu kematian dicatatkan setiap 10 minit.

“Dengan maklumat ini, satu keputusan tepat perlu dilakukan membabitkan perjalanan, hari keluar dan lawatan keluarga semasa perayaan Nowruz”, katanya sambil merujuk Tahun Baru Parsi.

Perayaan Nowruz akan tiba pada Jumaat ini hingga 3 April. Kebanyakkan rakyat Iran akan mengambil cuti ini untuk pulang ke kampung bagi melawat sanak saudara.

Iran turut melaporkan bahawa angka kes yang dijangkiti telah jatuh setelah rakyat mereka mematuhi perintah untuk tidak keluar dari rumah.

Sejumlah 18,407 orang telah mengidap penyakit itu di Iran, dengan 1,046 kes baru disahkan dalam 24 jam terakhir, lapor Timbalan Menteri Kesihatan Alireza Raisi.

“Di 11 wilayah” daripada 31, “jumlah jangkitan telah menurun kerana orang telah mengikuti garis panduan kami,” kata Raisi.

Iran tidak menguatkuasakan perintah berkurung atau kuarantin kepada rakyatnya, mereka cuma diminta untuk mengelak daripada melakukan apa-apa perjalan keluar yang tidak perlu..

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Adakah Ini ‘Wajah’ Sebenar Wabak COVID-19 Yang Dibesarkan Sebanyak 2,600 Kali?

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

Anda Mungkin Suka