Tular beberapa hari lalu apabila tular sebuah rakaman anggota trafik mengiringi seorang anak ahli parlimen di Jalan Bukit Gambar, Georgetown. Video yang tular tersebut sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan ‘kuasa’ anak ahli parlimen sehingga mampu menerima diiringi anggota trafik.

Bukan itu sahaja, tindakan anggota trafik tersebut turut mendapat perhatian pihak atasan yang cakna dengan perkara yang berlaku. Terbaharu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan kedua-dua anggota terbabit dilucutkan sementara daripada menjalankan tugasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: berita harian

Difahamkan menerusi siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi dikeluarkan pucuk pimpinan PDRM di peringkat Kontinjen Pulau Pinang bagi tugasan mengiringi individu berkenaan pada hari itu.

Dimaklumkan prosedur operasi standard (SOP) (Prosedur Atur Gerak dan Membuka Laluan Trafik) memerlukan proses kelulusan permohonan secara rasmi kepada jabatan perlu dilakukan dalam masa tujuh hari waktu bekerja kecuali kecemasan.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai terbabit salah laku bertentangan dengan SOP yang ditetapkan. Sementara itu, Mohd Shuhaily memaklumkan individu berusia 20-an yang terbabit dalam video berkenaan juga diminta tampil memberi keterangan.

Diharap isu yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada anggota trafik dan juga pihak yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan khidmat pihak berkuasa bagi meredah kesesakan jalan raya.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan anggota trafik dan anak ahli parlimen dengan klik pautan di bawah.

Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib

‘Kalau Jumpa, Gua Rembat Lu’ – Joe Flizzow Larang Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers