Ketika orang ramai ternanti-nanti filem terbaru daripada Marvel iaitu Captain America: Civil War, syarikat yang tidak asing dengan superhero ini telahpun mengumumkan berita terbaru mengenai filem Spider-Man yang bakal ditayangkan kelak.

Filem terbaru Spider-Man yang bakal dilakonkan oleh Tom Holland ini bakal memperlihatkan Peter Parker yang lebih muda berbanding sebelum ini yang pernah dilakonkan oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

TomHollandMain

Tom Holland yang bakal membuat penampilan pertama sebagai Spider-Man di dalam Captain America: Civil War ini juga bakal mempunyai filem solo tersendiri sepertimana siri filem Spider-Man sebelum ini yang bakal diberi tajuk Spider-Man: Homecoming.

Berdasarkan sumber yang kami perolehi, Robert Downey Jr. selaku Iron Man bakal membuat penampilan di dalam filem terbaru Spider-Man ini. Walaubagaimanapun kami masih belum pasti secara tepat bagaimana Iron Man bakal membantu Spider-Man di dalam Spider-Man: Homecoming. Kami berharap scene ‘after credit’ Captain America: Civil War bakal merungkaikan perkara ini.

Sebelum itu, jom ikuti temubual Robert Downey Jr. bersama Jimmy Kermel yang membincangkan tentang filem terbaru Spider-Man ini. Seperti biasa, Robert Downey Jr. tidak pernah mengecawakan dengan jenaka-jenaka beliau.

Sumber