Pastinya yang telah menonton Avengers: Endgame masih lagi terasa kehilangan. Filem Spider-Man: Far From Home adalah filem akhir MCU fasa ketiga setelah perang Endgame.

Sebelum ini, dalam trailer terbaru filem Spider-Man: Far From Home memaparkan kehidupan Peter Parker yang masih lagi terasa dengan kehilangan mentornya, Tony Stark. Malah, Spider-Man meneruskan perjuangan menjaga keamanan dan bekerjasama dengan Mysterio memerangi ancaman daripada kuasa Elementals.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, Marvel Studio telah berkongsi poster rasmi baharu Spider-Man yang berlatar belakangkan grafiti Iron Man. Ini menunjukkan bahawa walaupun Iron Man sudah tiada, tetapi semangat dan auranya masih akan dirasai oleh mereka yang mengenali.

Filem Spider-Man: Far From Home ini akan ditayangkan pada 2 Julai 2019 ini. Jangan lupa untuk menonton filem ini, manalah tahu filem ini pun akan bermain dengan emosi anda seperti Avengers: Endgame.

Baca lagi: Tonton Trailer Rasmi Terbaru ‘Spider-Man: Far From Home’