Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelakon Aedy Ashraf semalam menimbulkan tanda tanya apabila memuatnaik ciapan di Twitter miliknya berhubung perbualan dirinya bersama Isa Isarb. Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat Aedy Ashraf yang bersedia untuk berlawan diberikan nasihat oleh Isa Isarb.

Isa Isarb menasihati Aedy Ashraf agar tidak berlawan dengan ‘professional fighter’ Ogos ini dan juga menganjurkan acara perlawanan antara mereka serta bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mendapatkan tajaan.

Malah, Isa Isarb menambah bahawa boleh menjemput mereka yang berpengaruh untuk menjayakan acara tersebut. Aedy Ashraf yang dianggap bercakap besar, Isa Isarb mahu Aedy berlatih dahulu kerana dikhuatiri kaku ketika berada di ‘ring’.

Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengungkit kejadian belasah di futsal sebelum ini. Malah, para netizen juga mengatakan bahawa sudah seperti Logan Paul dan Floyd Mayweather yang berlawan atas ‘ring’.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap jika perlawanan tersebut dianjurkan, maka tiada aksi memanggil kawan ‘sekampung’ untuk membalas dendam. Bagi anda yang tidak tahu, Logan Paul merupakan YouTuber yang telah berlawan dengan petinju profesional dan setiap perlawanannya mendapat perhatian ramai.

Sebelum ini, insiden beberapa ahli kumpulan YouTuber Isarb didakwa membelasah seorang individu di pusat futsal berdekatan Pusat Perindustrian Subang disebabkan tidak puas hati telah mendapat perhatian ramai.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan kejadian pergaduhan kumpulan Isarb, klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?

Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Anda Mungkin Suka