Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi ke atas sembilan tuduhan rasuah bernilai RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu, lapor Berita Harian.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyatakan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguaan munasabah terhadap sembilan pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dia yang juga bekas pengerusi FELDA sebelum ini didakwa di Mahkamah Seksyen pada 14 Disember 2018 sebelum dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 8 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Bekas ketua pengarah perisikan pertahanan dan dua pegawai kanan ATM didakwa terima rasuah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Dan Dua Pegawai Kanan ATM Didakwa Terima Rasuah

Pangsapuri Mewah Milik Jackie Chan Dirampas, Dituduh Terlibat Dengan Rasuah?

Kantoi Mahu Bebaskan Warga Asing Yang Ditahan, Pegawai Imigresen Ditangkap Terima Rasuah RM22,000