Isetan umum akan menutup cawangan 1 Utama selepas 10 tahun beroperasi di pusat beli-belah popular yang terletak di Damansara Utama. Jenama yang datang dari Jepun itu mengumumkan hari terakhir premis itu akan menjalankan perniagaan adalah  pada 5 April 2022 dan penutupan ini merangkumi keseluruhan kedai serbaneka yang berkampung di dalam Isetan.

Pengumuman ini dibuat oleh Isetan di laman Facebook rasmi mereka dengan menitipkan mesej sedih bahawa 10 tahun mereka bertapak di 1 Utama adalah pengalaman yang menakjubkan sambil diakhiri dengan ucapan terima kasih di atas sokongan tanpa syarat kepada para pelanggan Isetan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, berita baiknya ialah cawangan lain di Kuala Lumpur akan kekal dan pelanggan juga masih boleh membeli-belah dalam talian, “Ini bukan selamat tinggal, kami berharap dapat berjumpa anda di kedai kami yang lain di Suria KLCC, The Gardens Mall, The Japan Store LOT 10 dan Kedai Dalam Talian kami di www.ionlinekl.com.my.”

Beberapa pelanggan setia memenuhi ruangan komen dengan mesej perpisahan dan terima kasih. “Aww, saya akan merindui kedai 1 Utama anda dengan suasana berbeza terutamanya kawasan restoran,” komen seorang pengguna Facebook. “Ini tempat wajib saya layan tonkatsu dan ramen,” kata pengguna yang lain. “Isetan pun tidak mampu bertahan dengan kesan Covid-19,” tambah seorang lagi.

Nando’s ucap ‘goodbye’, bakal tutup operasi di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nando’s Ucap ‘Goodbye’, Bakal Tutup Operasi Di Malaysia?

Esprit Pula Bakal Tutup Semua Cawangan Di Malaysia Hujung Jun Depan

Gagal Bertahan Angkara COVID-19, Robinsons Dijangka Tutup Operasi Di Malaysia

Sumber