Penawaran aplikasi e-wallet semakin bertambah di Malaysia ketika ini. Jika sebelum ini beberapa aplikasi lain menawarkan rebat dari segi pembelian makanan mahupun minuman, penawaran rebat terbaru daripada WeChat Pay nampaknya sangat berbaloi untuk anda cuba.

Melalui promosi terbaru yang dilakukan WeChat Pay dengan kerjasama bersama Petron anda berpeluang mendapatkan rebat sebanyak RM20 pada isian minyak pertama bernilai RM40 menggunakan WeChat Pay.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

wechatpay-petron-950×838

Nak tahu apa lagi best? Rebat yang ditawarkan bukan sahaja ditawarkan buat mereka yang mengisi buat pertama kali malah isi kedua sehingga keempat turut ditawarkan dengan rebat sebanyak RM10.

Buat anda yang ingin mendapatkan rebat yang ditawarkan WeChat Pay ini anda masih berpeluang untuk menebusnya dengan sehingga promosi tamat pada 31 Januari 2019 ini. Anda boleh klik di sini senarai stesen minyak Petron yang menawarkan servis WeChat Pay. Selamat mencuba

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber