Menurut dakwaan yang diajukan ke Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Daerah Utara California. Pengadu menyatakan bahawa isi tuna yang digunakan oleh Subway sebenarnya tidak mengandungi tuna, lapor The Washington Post.

Dua plaintif, Karen Dhanowa dan Nilima Amin, penduduk di Alameda Couty di Bay Area menyatakan bahawa tindakan mereka memulakan saman ini adalah untuk membela nasib ribuan pelanggan Subway di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan utama yang digunakan, menurut tuntutan mahkamah, “dibuat daripada pelbagai bahan kecuali tuna.” Berdasarkan ujian makmal bebas yang diambil dari lokasi Subway di California, “tuna” adalah “campuran pelbagai ramuan yang tidak membentuk tuna, namun telah dicampur bersama oleh defendan untuk meniru seperti tuna.” Namun peguam pengadu enggan menyatakan bahan apa yang terdapat di dalam tuna tersebut.

“Kami mendapati bahawa bahan-bahan itu bukan ikan tuna dan bukan ikan,” kata peguam itu dalam e-mel kepada The Washington Post.

Mereka turut mendakwa bahawa Subway telah menipu, telah melakukan salah faham yang disengajakan dan beberapa tuntutan lain di bawah undang-undang persekutuan dan negeri. Mereka turut menyatakan bahawa mereka ditipu berdasarkan pelabelan, pembungkusan dan iklan Subway.

Subway Nafi

Seorang wakil Subway mengatakan bahawa tuntutan mahkamah yang dibuat oleh plaintif adalah tidak berasas. Dia menyatakan bahawa ramuan tuna tersebut adalah ikan tuna yang sebenar.

“Tuna adalah salah satu sandwic kami yang paling popular. Restoran kami menerima tuna tulen, mencampurkannya dengan mayonis dan menghidangkan sandwic yang baru dibuat kepada pelanggan kami,” kata Katia Noll, pengarah kanan keselamatan dan kualiti makanan global di Subway.

Untuk rekod, selama bertahun-tahun, Subway telah menjadi sasaran tuntutan di mahkamah ke atas beberapa dakwaan yang lain. Pada 2013 misalnya, Subway telah didakwa di mahkamah kerana menjual sandwic yang panjangnya hanya 11 inci. Manakala di Ireland pula, Subway disalahkan kerana rotinya tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Terdahulu, sijil halal subway digantung kerana penapis air tidak halal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sijil Halal Subway Digantung Kerana Penapis Air Tidak Halal?

Rakyat Malaysia Ini Belanja Subway Untuk Gelandangan Di Amerika Syarikat Raih Pujian Netizen

Bekas Pekerja Subway Ini Dedah ‘Rahsia’ Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap