Cuti sekolah kini sudah bermula tentunya pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga seperti melancong di dalam dan luar negara, balik ke kampung halaman, menyertai pertandingan lasak dan sebagainya. Anda bagaimana? Sudah ada perancangan?

Jika belum, jangan risau. Apa kata anda kosongkan jadual anda untuk menyertai karnival mesra keluarga pada 8 dan 9 Disember ini untuk menyertai Iskarnival Main-Main 2018 yang bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Baharu! Nak tahu betapa meriahnya Iskarnival ini, boleh tonton dulu recap Iskarnival 2017. Memang fun betul!

Karnival yang bakal menyajikan keseronokan dan kemeriahan kepada pengunjung ini diadakan sempena meraikan Iskandar Puteri sebagai hub invoasi dan kreativiti. Jadi pelbagai acara dan persembahan akan berlangsung sepanjang dua hari Iskarnival Main-Main ini. Tidak lupa juga, Bazar yang pastinya akan menjual pelbagai barangan yang sesuai untuk semua peringkat lapisan masyarakat. Market untuk barangan vintaj pun ada!

Iskarnival 1 in

Pelbagai aktiviti bengkel kreatif menarik ditawarkan kepada anak-anak muda seperti bengkel lakonan, pembikinan muzik, mereka sendiri karakter kegemaran anda, rekaan aplikasi, pertandingan fotografi dan panduan coding untuk kanak-kanak.

Buat peminat cosplay, anda boleh menyertai pertandingan cosplay yang juga bakal diadakan di karnival itu nanti. Ada dua kategori cosplay akan dipertandingkan, Solo Cosplay dan Kids Cosplay. Pendaftaran masih dibuka dan anda boleh klik di sini untuk kategori Solo Cosplay dan klik di sini untuk kategori Kids Cosplay. Lagi meriahlah Iskarnival dengan kehadiran peserta berpakaian watak anime kegemaran mereka di sana nanti!

cosplay Iskarnival

Karnival 2 hari ini bakal menampilkan pelbagai keseronokan buat seisi keluarga. Pertunjukan paling ditunggu-tunggu semestinya The Moscow Circus dan taman hiburan Dinosaur Kingdom. Bukan itu sahaja, karnival ini juga akan diserikan dengan konsert Hujan Band, Man Bai, Zee Avi dan ramai lagi!

https://www.instagram.com/p/Bqd_kY9h93a/

https://www.instagram.com/p/Bqd_u1shwnJ/

Jadi, tunggu apa lagi, lock tarikh 8 dan 9 Disember depan dan jom kita ke Johor untuk Iskarnival Main-Main 2018! Jangan lupa ajak rakan dan saudara-mara untuk kasi meriah lagi karnival tahunan ini. Jom kita!