Malaysia bakal berhadapan dengan risiko gelombang keempat COVID-19 yang telah menjangkiti lebih dari 350,000 orang dan menyebabkan lebih dari 1,300 kematian di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail.

Menteri pertahanan yang juga bertanggungjawab dengan kluster COVID-19 mengatakan maklumat ini berdasarkan perolehan dari penilian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 14 hari yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Secara keseluruhan, kementerian mengesahkan bahawa kes COVID-19 di kebanyakan negeri saat ini tidak stabil, dengan jumlah R0 yang meningkat sebelum ini.

“Pada masa ini, hanya Kelantan dan Sarawak yang menunjukkan trend jangkitan yang meningkat,” katanya.

Dia menambah bahawa Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang dan Labuan telah menunjukkan data yang bersifat turun naik sejak dua minggu yang lalu – pada beberapa hari, jumlah kes meningkat, dan pada hari-hari yang lain, kes menunjukkan penurunan.

Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Sabah menunjukkan penurunan kadar jangkitan di sana, katanya. Namun, dia mengatakan masih banyak zon merah di negeri-negeri yang menunjukkan penurunan jangkitan, seperti Selangor.

Satu keluarga terbunuh akibat perbuatan ibu tak jujur hasil ujian positif COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Satu Keluarga Terbunuh Akibat Perbuatan Ibu Tak Jujur Hasil Ujian Positif COVID-19

Dakwa Mampu Beri Keputusan Lebih Tepat, China Jalankan Ujian COVID-19 Melalui Dubur