Institut Penyelidikan Biologi Israel (IIBR) mengatakan bahawa mereka baharu sahaja menemui kemajuan dalam kajian saintifik ke arah rawatan yang berpotensi untuk menjadi antibodi bagi melawan COVID-19.

Kementerian Pertahanan Israel berkata bagi pihak institut, menekankan bahawa pencapaian ini berpotensi berkembang menjadi rawatan untuk pesakit COVID-19, namun kemajuan ini bukanlah dianggap sebagai vaksin, lapor Jerusalem Post.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IIBR adalah pusat penyelidikan yang mengkhususkan diri dalam bidang biologi, kimia dan sains alam sekitar, ia berada di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah mengarahkan IIBR pada awal Februari untuk memulakan kajian bagi menghasilkan vaksin. Pada awal April, IIBR melaporkan bahawa ada “kemajuan yang signifikan” dan percubaan terhadap haiwan.

No Camels melaporkan bahawa institut ini juga terlibat dalam pengumpulan plasma dari rakyat Israel yang telah pulih dari COVID-19 untuk meneliti dan mengkaji antibodi, iaitu protein yang dicipta oleh sistem kekebalan tubuh yang dapat menyerang virus.

“Ini adalah tonggak penting, yang akan diikuti oleh serangkaian ujian kompleks dan proses persetujuan peraturan,” kata kementerian dalam sebuah pernyataan, sambil menambah bahawa proses itu dapat memakan waktu beberapa bulan.

Perkembangan ini mempunyai tiga parameter utama, menurut IIBR ; pertama, antibodi adalah monoklonal (sel-sel kekebalan identik buatan makmal yang merupakan klon sel induk yang unik), dan mengandungi sebilangan kecil protein berbahaya; kedua, IIBR telah “menunjukkan kemampuan antibodi untuk meneutralkan coronavirus”; dan ketiga, antibodi diuji secara khusus pada SARS CoV2.

“Berdasarkan penerbitan ilmiah yang komprehensif dari seluruh dunia, nampaknya IIBR adalah institusi pertama yang mencapai kejayaan ilmiah yang memenuhi ketiga-tiga parameter tersebut secara serentak,” kata kementerian itu pada hari Selasa.

Institut yang berpusat di Ness Ziona itu sekarang kini sedang berusaha untuk memperoleh hak paten, menurut pengumuman itu, setelah itu akan mula memasarkan melalui pengeluar antarabangsa.

Sementara itu, sebuah kajian di Belanda yang diterbitkan minggu ini di Nature Communications juga mendakwa bahawa antibodi monoklonal manusia mampu meneutralkan SARS-CoV-2, dan SARS-CoV, dalam persekitaran makmal.

Untuk rekod, lebih 3 juta orang di seluruh dunia telah mengidap penyakit COVID-19, manakala lebih 250 orang telah meninggal dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara, klik pautan di bawah.

Doktor Di Perancis Rasis, Cadang Vaksin Diuji Kepada Penduduk Afrika

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi

70 Vaksin Wabak COVID-19 Telah Dibangunkan, 3 Sudah Diuji pada Manusia