Minggu lalu nama Malaysia menjadi perhatian dunia setelah kumpulan hacker dari Malaysia berjaya menggodam lebih 120 laman web Israel melibatkan pengkala data negara tersebut. Kejayaan dan kehebatan kumpulan hacker dari Malaysia secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem sekuriti siber Israel.

Tidak dilupakan juga netizen Malaysia yang konsisten dalam melemparkan komen di page Facebook Israel dalam mengutuk tindakan mereka ke atas Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, akaun Twitter Jonathan Schanzer selaku individu berpengaruh di Amerika Syarikat mengesahkan Israel Defense Forces (IDF) diberi ‘lampu hijau’ dalam mensasarkan sekutu Hamas termasuk Turki, Qatar dan juga Malaysia.

Kenyataan yang dibuat nampaknya turut mendapat perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memandang serius dengan ancaman dari Israel. Pihak KDN yang diketuai oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan orang ramai diminta bertenang kerana keadaan negara yang masih lagi terkawal.

Sementara itu, tular sebelum ini sebuah kenyataan daripada Angkatan Tentera Malaysia di mana pihak hacker dari Israel sedia membuat serangan balas selepas sejumlah besar laman web dan pengkalan data mereka digodam menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael.

Ketahui lebih lanjut mengenai kejayaan kumpulan hacker dari Malaysia yang berjaya menggodam pengkalan data Israel sehingga mendapat perhatian media luar.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary

 

 

Sumber