Umat Islam seluruh dunia mengecam tindakan negara haram Israel yang menggunakan ayat Al-Quran untuk ‘menghalalkan’ tindakan serangan kejam mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter @IsraelArabic tersebut menggunakan sebahagian ayat daripada Surah al-Fil yang disertakan dengan gambar kawasan Gaza yang dibom. Bagaimanapun, pihak media sosial @IsraelArabic membuang ciapan terbabit setelah mendapat kecaman dari umat Islam seluruh dunia, lapor Middle East Eye.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kepercayaan umat Islam, Surah al-Fil menceritakan bagaimana Tuhan menghukum tentera gajah yang menyerang kota suci Mekah dengan mengirim kawanan burung Ababil yang melemparkan batu ke atas tentera gajah.

QuranIsraelTweet

Dalam catatan susulan di untaian Twitter yang sama, akaun tersebut mengatakan, “Ini adalah peringatan tentang kemampuan Tuhan untuk menyokong mereka yang benar atas kebatilan, terutamanya kerana Hamas adalah cabang Iran yang berusaha untuk menguasai wilayah tersebut. IDF mensasarkan sasaran pengganas Hamas di Gaza.”

Ciapan yang tidak bertahan lama itu terus dikutuk pengguna Twitter dengan menyiarkan gambar dan teks yang menunjukkan kekejaman Israel di Gaza. Reaksi marah daripada umat Islam seluruh dunia telah membuatkan pihak @IsraelArabic memadam ciapan terbabit.

Sebahagian ulama turut tampil mengecam tindakan Israel yang cuba ‘menghalalkan’ tindakan mereka mengebom Gaza dengan menggunakan ayat Al-Quran. Tindakan Israel ini juga dilihat seperti hinaan terhadap kitab suci Al-Quran dan umat Islam di seluruh dunia.

20170720_2_24860587_24312843

“Hina Agama dan Sikap Ketidakpedulian yang Tertinggi,” tegas ulama terkenal Dr Yasir Qadhi. “Ini adalah hinaan yang mencemarkan Al-Quran, dan kehidupan manusia,” katanya, mengecam tindakan Israel yang mahu ‘menghalalkan’ tindakan mereka.

Untuk rekod, senario yang cuba dimainkan oleh tentera Israel adalah dengan membandingkan tindakan mereka seperti dengan burung Ababil yang menyelamatkan Mekah dari serangan tentera kafir yang menggunakan gajah perang, yang dalam hal ini merujuk kepada Hamas.

Middle East Eye dalam laporan mereka menyatakan bahawa kementerian luar Israel yang mengawal akaun terbabit enggan memberi apa-apa komen mengenai ciapan dari akaun terbabit.

Sehingga semalam, serangan Israel ke atas Palestin yang bermula pada 10 Mei telah membunuh sekurang-kurangnya 213 orang Palestin di wilayah yang Gaza, 61 di antaranya adalah kanak-kanak dan 36 adalah wanita.

Apa yang anda perlu tahu mengenai Unit 8200, agensi risikan siber Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Hujan Peluru Dari Gaza Belum Berhenti, Israel Mula Dilanda Perang Saudara Pula