Kekejaman Israel ke atas Palestin nampaknya akan terus menjadi isu utama dan tidak akan menunjukkan tanda-tanda bahawa ianya akan berhenti. Terbaharu, Israel dikatakan bakal menguatkuasakan satu undang-undang di mana membenarkan rakyatnya untuk mempunyai senjata api bagi melindungi diri daripada warga Palestin.

Semasa berucap pada 29 Januari 2023, Al Jazeera melaporkan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa satu rang undang-undang baharu akan digubal bagi “memperluas dan mempercepatkan proses mengeluarkan permit senjata api kepada beribu-ribu orang awam Israel” bagi melindungi warga Israel daripada kekejaman rakyat Palestin. Keputusan itu dibuat selepas dua insiden tembakan oleh penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur bertepatan dengan Hari Peringatan Holocaust.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir menyokong penuh inisiatif perdana menteri dengan berkata bahawa, “Orang awam boleh melindungi diri mereka jika mereka membawa senjata,” katanya.

Kejadian pertama yang terjadi berlaku di tempat suci Baitulmaqdis Timur terjadi pada hari Jumaat yang lalu. Menurut laporan, kejadian terbabit dilakukan oleh seorang warga Palestin berusia 21 tahun yang membunuh tujuh orang Israel.

Kejadian kedua pula terjadi keesokan harinya di mana dua orang cedera dan pelakunya adalah seorang budak lelaki berusia 13 tahun. Budak itu juga ditembak, tetapi terselamat. Dia segera dikejarkan ke hospital.

Bagi warga Palestin, serangan terbabit adalah misi balas dendam terhadap pasukan keselamatan Israel yang membunuh sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita berusia 61 tahun, di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Bagi kerajaan Israel pula, siri serangan terhadap warga Israel itu telah menyebabkan Netanyahu berjanji untuk meluaskan kawasan penempatan bagi warga Israel di Tebing Barat.

Keputusan untuk membenarkan warga Israel mempunyai senjata adalah satu daripada banyak rancangan yang akan direalisasikan oleh kerajaan baharu Israel, yang setakat ini mendapat banyak tentangan termasuk daripada rakyatnya sendiri. Bagi aktivis hak asasi manusia pula, ia dilihat sebagai usaha Israel untuk pembersihan etnik Palestin.

Menurut media antarabangsa, satu demonstrasi besar-besaran telah berlaku di Israel di mana rakyatnya menolak rang undang-undang tersebut dengan alasan bahawa ia bukan sahaja menggugat hak Palestin, tetapi akan mengubah badan kehakiman negara yang menjadi antara penyelia kepada kerajaan. Puluhan ribu orang kini dilaporkan telah ke jalan rata untuk membantah.