Beberapa hari lepas, kabinet telah memutuskan untuk tidak menerima atlet wakil Israel masuk ke dalam negara untuk menyertai searang acara sukan yang dipertandingkan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan berlangsung di Kuching. Acara yang akan dilangsungkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos nanti yang akan disertai oleh atlet renang dari 70 buah negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/serenitysakinah/status/1084283589204750336

Pihak atlet Israel kurang berpuas hati mengenai arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak membenarkan atlet dari negara tersebut untuk masuk ke Malaysia dan menyertai pertandingan. Sehubungan itu, memohon untuk menukar lokasi Menteri Luar Israel, Emmanuel Nahsho memohon bagi membenarkan atlet negara tersebut bertanding sekiranya permohonan masuk atlet mereka masih tidak diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Penyertaan atlet dalam acara ini amat penting kerana ianya akan menentukan kelayakan untuk menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti. Emmanuel Nahshon mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ini tidak boleh diterima dan bertentangan dengan semangat kesukanan olimpik.