Selama ini Malaysia berusaha menuntut perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan antarabangsa bagi Palestin. Peranan proaktif Malaysia bagi menghalang pembunuhan dan pencabulan ke atas hak asasi manusia telah menyumbangkan kejayaan buat Palestin.

Dipercayai aktiviti Israel membina penempatan-penempatan haram di atas tanah milik Palestin telah menyentuh sentimen radikal dan seterusnya merangsang penduduk Palestin bangkit dan lawan Israel sehingga menyebabkan mereka alami kecederaan dan kematian.

Malaysia melalui Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ramlan Ibrahim, bersama 3 buah negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela telah bersepakat mengusulkan satu resolusi bagi menghentikan aktiviti penempatan Israel di tanah Palestin.

Satu kejutan buat Israel dan hadiah buat Palestin apabila usul itu dibincang dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi menentang penempatan haram Israel di Palestin. Ini menunjukkan Palestin menerima sokongan komuniti antarabangsa.

Resolusi itu telah diundi oleh 4 anggota tetap UNSC iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom bersama-sama 14 anggota UNSC yang memilih untuk menyetujui resolusi itu dilaksanakan. Manakala, Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi membangkangnya.

Rejim Zionis yang telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengambil tanah Palestin secara kejam menerima tamparan hebat dengan keputusan itu.

Tambahan pula, Amerika memilih undian berkecuali dalam resolusi ini. Ini bermakna Amerika tidak mempertahankan Israel apabila tidak menggunakan kuasa veto ke atas keputusan tersebut.

Israel sepatutnya menghentikan segera sepenuhnya aktiviti penempatan haram di Palestin termasuk Timur Jerusalem apabila resolusi itu diterima oleh Majlis Keselamatan PBB kerana ia tidak sah dari segi undang-undang dan tidak menyumbang kepada penyelesaian Palestin-Israel.

Tetapi sebaliknya berlaku apabila Israel yang malu dengan keputusan tersebut telah berikrar akan menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB itu.

Israel turut menuduh pentabiran Obama di Amerika Syarikat bersubahat di dalam resolusi anti-Israel ini walaupun Trump, bakal Presiden US menekankan Amerika akan menyokong Israel.

Memandangkan Trump menyokong Israel, Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) menjangkakan akan berlaku perubahan apabila Trump jadi presiden baru Amerika Syarikat di mana akan bertindak membatalkan resolusi itu.

Dalam masa yang sama, seperti kanak-kanak kecil, Israel turut menyatakan mereka akan membalas dendam secara diplomatik terhadap Senegal dan New Zealand yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Israel turut memanggil 14 duta negara yang mengundi untuk menerima resolusi itu dan akan dibawa melawat kementerian Israel di Jerusalem.