Baru-baru ini menjadi buah mulut orang ramai apabila tular video CCTV seorang lelaki yang belasah bekas isteri dan mertua. Malah, lelaki tersebut juga telah dibebaskan kerana faktor kesihatan.

Akan tetapi, segelintir netizen mula menyerang akaun Instagram Issey berikutan wajahnya dan lelaki tersebut kelihatan agak serupa. Perkara tersebut telah dikongsi oleh Issey sendiri melalui posting beliau di Instagram.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Menurut Issey, isu pergelutan rumah tangga tersebut tiada kena mengena dengan beliau dan menegaskan bahawa gambar tersebut bukan dirinya. Malah, ada segelintir yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya dan mengajak orang ramai untuk memboikotnya dan menghalaunya dari Malaysia.

photo_2019-09-18_11-56-40

Walau bagaimanapun, bagi rakan-rakan selebriti dan peminat yang mengenali Issey berjenaka dengan mengatakan isteri siapa yang dipukul oleh Issey kerana Issey sudah lama menduda. Rata-rata yang mengenali Issey cuba memberikan komen berunsurkan lawak jenaka agar Issey tidak tertekan dengan makian yang diterimanya.

Bagi netizen yang tersilap menyamakan Issey dengan individu yang memukul bekas isterinya, mungkin anda boleh bawa bertenang dan berhenti untuk menyerang beliau yang tidak bersalah.

Kes pukul tersebut telah mendapat perhatian netizen di Malaysia, baca artikel tersebut di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Lelaki Belasah Bekas Isteri Dan Mertua Dibebaskan Kerana Faktor ‘Kesihatan’

Gagal Samun, Penjenayah Terus Lari Kerana Tindakan Berani Wanita Ini

Anda Mungkin Suka